{{ 'fb_in_app_browser_popup.desc' | translate }} {{ 'fb_in_app_browser_popup.copy_link' | translate }}

{{ 'in_app_browser_popup.desc' | translate }}

Your Shopping Cart is empty.
{{ (item.variation.media ? item.variation.media.alt_translations : item.product.cover_media.alt_translations) | translateModel }} {{ (item.variation.media
                    ? item.variation.media.alt_translations
                    : item.product.cover_media.alt_translations) | translateModel
                }}
{{ 'product.bundled_products.label' | translate }}
{{ 'product.bundle_group_products.label' | translate }}
{{ 'product.buyandget.label' | translate }}
{{ 'product.gift.label' | translate }}
{{ 'product.addon_products.label' | translate }}
{{item.product.title_translations|translateModel}}
{{ field.name_translations | translateModel }}
  • {{ childProduct.title_translations | translateModel }}

    {{ getChildVariationShorthand(childProduct.child_variation) }}

{{ 'product.set.open_variation' | translate }}
  • {{ getSelectedItemDetail(selectedChildProduct, item).childProductName }} x {{ selectedChildProduct.quantity || 1 }}

    {{ getSelectedItemDetail(selectedChildProduct, item).childVariationName }}

{{item.variation.name}}
{{item.quantity}}x RM0 {{ item.unit_point }} Point
{{addonItem.product.cover_media.alt_translations | translateModel}}
{{ 'product.addon_products.label' | translate }}
{{addonItem.product.title_translations|translateModel}}
{{addonItem.quantity}}x {{ mainConfig.merchantData.base_currency.alternate_symbol + "0" }}

Beli Tilam Online Di Malaysia

Adakah anda sedang merancang untuk beli tilam online baharu bagi kegunaan bilik tidur anda? Atau, mungkin anda sering berasa letih dan sakit-sakit badan selepas bangun daripada tidur? Jika ya, anda sedang membaca artikel yang tepat kerana kami akan berkongsi dengan anda beberapa pilihan tilam yang boleh anda pertimbangkan dan membelinya secara dalam talian – ianya cepat dan mudah!
Sememangnya tidak dapat dinafikan yang keadaan katil dan keselesaan tilam kita sangat mempengaruhi kualiti tidur kita. Oleh itu, anda perlu membuat pemilihan yang tepat. Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil kira sebelum memilih tilam. Antaranya adalah seperti:

  • Bajet yang sanggup untuk anda belanjakan
  • Jenama pilihan
  • Jenis tilam yang bersesuaian dengan katil
  • Ketinggian dan ketebalan tilam

Kriteria Pemilihan Tilam Online

Seperti yang telah disebut secara ringkas di atas, ada beberapa aspek yang perlu anda pertimbangkan ketika membuat pemilihan tilam. Beli tilam online membolehkan anda membuat survei secara menyeluruh, terus dari telefon pintar anda sahaja. 

#1 Harga Tilam

Persoalan pertamanya adalah berapakah jumlah wang yang sanggup anda belanjakan untuk tilam baharu anda? Sudah pasti, harganya akan berbeza mengikut jenis, saiz, kualiti dan jenama yang anda pilih. Kosnya pula boleh jadi antara RM100 sehingga RM1,500. Malah, ada juga yang lebih murah terutamanya untuk tilam jenis Single dan ia boleh mencecah ribuan ringgit bagi tilam jenis King dan Queen.

#2 Jenama Tilam

Sekiranya anda membuat survei secara online ketika mencari tilam baharu, anda mungkin akan dapat melihat pelbagai jenama yang berada di pasaran. Contohnya, cuba anda lihat di sini. Anda boleh memilih untuk membeli jenama seperti Goodnite, Nature’s Rest, Hypnos, Spring Air dan macam-macam lagi! Ambil sedikit masa untuk membaca ulasan dan maklum balas daripada pengguna lain untuk mengetahui lebih lanjut tentang kualiti setiap jenama tilam ini.

#3 Jenis Tilam

Selain itu, pastikan yang tilam anda pilih itu bersesuaian dengan jenis katil yang anda miliki sekarang ini. Pilihan tilam mungkin berbeza bergantung kepada struktur katil anda seperti katil kayu biasa atau katil Divan. Pertimbangkan juga jenis tilam yang berbeza seperti tilam spring, tilam span atau foam, tilam hibrid (menampilkan spring dan foam) dan juga tilam jenis lateks. 

#4 Ketinggian dan Ketebalan Tilam

Setiap jenis tilam mempunyai beberapa lapisan yang berbeza. Lapisan inilah yang membentuk ketinggian tilam. Antara pilihan yang ada adalah ketinggian kurang daripada 6 inci, antara 8-1 inci dan juga lebih daripada 12 inci. Pendek kata, semakin tinggi atau tebal tilam yang anda pilih, lebih banyak ciri sokongan yang dapat diberikan kepada tulang belakang dan badan anda ketika tidur!

Beli Tilam Secara Dalam Talian

Dengan teknologi pembelian online yang semakin canggih, anda kini tidak perlu lagi bergerak dari satu kedai ke satu kedai yang lain untuk melihat tilam pilihan anda. Buat carian secara dalam talian untuk mengetahui lagi lebih lanjut tentang pilihan-pilihan jenama yang ada di pasaran. 
Selain daripada membeli dari aplikasi online seperti Lazada dan Shopee, anda juga boleh membuka terus laman web pembekal tilam online yang dipercayai seperti Mattress Premium Outlet dan pertimbangkan semua ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap produk tilam. 

Ianya memang cukup mudah dan meyakinkan! Anda boleh terus mengemukakan soalan yang anda ada kepada penjual melalui ruangan chat. Selepas membuat pilihan, klik sahaja butang beli, buat pembayaran dan tunggu tilam baharu anda tiba secara terus di depan pintu rumah anda!

Jangan lupa untuk mengambil kira aspek pembelian tilam yang bagus, seperti yang telah kami kongsikan di atas. Teruskan membaca artikel-artikel lain di laman web ini untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang produk tilam yang terbaik di Malaysia!